Tuesday, 17 December 2013

LAPORAN PELAKSANAAN KEM KEROHANIAN MURID

Pada 13 dan 14 Disember 2013, Pihak sekolah bersama Majlis Permuafakatan Ibubapa Murid Tahun 6/2014 telah berjaya menganjurkan KEM Kerohanian Murid tahun 6/2014.Program tersebut mendapat kerjasama dari komuniti Kampong Awat dan Kampong Lubuk Kepong.Program ini juga mendapat sokongan dari ADUN Buluh Kas YB Hajjah Norshida Binti Hj Ibrahim dan Dato Hj Rusdin Mahmod, seorang Pakar Motivasi dan Guru Besar SK Sawah Bahru.

Seramai 15 orang murid telah mendapat pelbagai ilmu dan kemahiran dari penceramah jemputan. Diantaranya Pn Anisah Bt Abu Hassan (Guru Bimbingan Kaunseling,SMK Gemereh) dan Cik Nuraidah Bt Abdullah ( Pegawai Psikologi Ipk Melaka).Sekalung tahniah kepada Majlis Permuafakatan Ibubapa Murid Tahun 6/2014 atas kejayaan tersebut. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan danh rahmat dari NYA.

Murid-murid sedang mendengar ceramah

Sebahagian ibubapa yang hadir

Pn Anisah sedang berkongsi pengalaman beliau.







Dato Rosdin sedang memberi ceramah



Gambar kenangan bersama Bapa Angkat Murid


ADUN Buluh Kasap sedang memberi ucapan beliau.


Terima Kasih Yb

KEM KEROHANIAN MURID TAHUN 6/2014

1.         PENGENALAN
Program ini merupakan hasil kolaborasi pihak sekolah, Persatuan Ibu bapa dan Guru dan Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Tahun 6 yang ingin menerapkan amalan kerohanian dalam kalangan murid–murid Tahun 6 serta meningkatkan keyakinan diri bagi murid-murid untuk melakukan perubahan yang lebih baik dalam menghadapi cabaran dalam hidup bermasyarakat dengan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

2.         OBJEKTIF
2.1      Membentuk murid agar mempunyai jati diri dan disiplin yang tinggi.
2.2 Menyuntik kesedaran kepada murid-murid tentang persiapan menghadapi peperiksaan dari sudut kerohanian.
2.3   Memberi peluang kepada murid untuk bermuhasabah diri agar menjadi lebih bertanggungjawab dan berhemah tinggi.
2.4      Membimbing murid untuk mengenalpasti sikap-sikap positif dan negatif dalam diri dan cara menanganinya.

3.         SASARAN
Semua murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kampong Awat berjumlah 16 orang.

4.         TARIKH CADANGAN
Tarikh :           13 dan 14 Disember 2013
Hari     :           Jumaat dan Sabtu






5.         SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi                 :           Tuan Haji Ramli Bin Khamis
Naib Pengerusi 1     :           En Khalid Bin Ibrahim
Naib Pengerusi 2     :           En Ali Bin Ghani
Setiausaha               :           Puan Radziah Binti Ibrahim
Bendahari                 :           En Saifuddin Anuar
Penyelaras                :           Pn Roainis Bt Mohd Ali
Jawatankuasan Kerja
Pendaftaran              :           Pn Wan Nor Aida Bt Wan Hasbullah
Buku Program          :           En Mohd Fayadh Bin Azizan
Sijil                              :           En Mohd Ezri Bin Musa
Persiapan & Teknikal          :           En Norazli Bin Abdullah
Kerohanian               :           En Abdul Hannan Bin Elias
Jamuan                     :           Pn Noor Azimah Bt Ismail
Kebersihan               :           En Misran Bin Abdullah

6.         TENTATIF PROGRAM

Jumaat
MASA
AKTIVITI
8.30 pagi
Taklimat kepada peserta
9.00 pagi
Ice Breaking
10.00 pagi
Minum pagi
10.30 pagi
Pengenalan Kem Penerapan Kerohanian
11.30 pagi
Pengurusan diri
12.00 tengah hari
Makan tengah hari
12.30 tengah hari
Solat Jumaat
2.00 petang
Slot 1( Ciri-ciri murid cemerlang)
4.00 petang
Minum petang
4.30 petang
Solat Asar dan Tazkirah
5.00 petang
Riadah
6.00 petang
Pengurusan diri
6.30 petang
Makan malam
7.00 malam
Solat Maghrib
Solat Hajat dan bacaan yassin
Solat Isyak
Ceramah Kerohanian (Kenali Potensi Diri)
10.00 malam
Minum malam
10.30 malam
Tidur

Sabtu
MASA
AKTIVITI
5.30 pagi
Pengurusan diri
6.00 pagi
Solat subuh
7.00 pagi
Sarapan
7.30 pagi
Riadah
8.00 pagi
Pengurusan diri
8.30 pagi
Ceramah Motivasi murid-murid Tahun 6
10.00 pagi
Minum pagi
10.30 pagi
Majlis Penutup
12.00 Tengah hari
Bersurai


7.         SUMBER KEWANGAN:
*************

  1. Ibubapa Murid Tahun 6
  2. PIBG Sk Kampong awat
  3. Sumbangan orang ramai



8.         ANGGARAN PEMBELANJAAN
BIL.
PERKARA
RM
1.
Makanan dan minuman murid
RM 15.00 x 16
Makanan jemputan
.......................................................

240.00
2.
Bayaran penceramah ( 2 orang)
200.00
3.
Air mineral (air yasin)
2 kotak (1.5 liter) x RM 12.00

24.00
4.
Pensil dan buku nota
RM4 x 16

64.00
5
Hadiah Kumpulan ( Hamper Rm 30 X 4)
120.00

Jumlah
648.00

9.         PENUTUP
Semoga dengan pelaksanaan Program Penerapan Kerohanian bagi calon UPSR ini akan dapat memberikan manfaat kepada semua murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2014. Seterusnya akan dapat mempertingkat prestasi sekolah daripada segi kualiti dan kuantiti.

Wednesday, 16 October 2013

PEMANTAUAN GALERI SEJARAH SKKA

16 Oktober 2013. Hari ini SKKA telah dikunjungi wakil panel penilai dari PPD Segamat untuk membuat pemantauan Galeri Sejarah sekolah. Pelbagai maklumat dan info dapat dikongsikan oleh Guru Besar Sk Batu Anam iaitu En Ismail Bin Buang dan Puan Badviah (Guru Sk Mensudut Lama). Pihak Sekolah merakamkan ribuan terima kasih atas kunjungan tersebut. 

Pengenalan
 
Galeri Bersejarah sekolah berperanan sebagai sumber rujukan warga sekolah. Galeri ini boleh dimanfaatkan oleh pelajar untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman tentang sejarah sekolah dan tanah air. Menyedari kepentingan ini pihak sekolah  mengambil inisiatif untuk mewujudkan Galeri Sejarah. Penubuhan Galeri ini adalah hasil usaha Tn Guru Besar Hj Ramli Bin Khamis bersama guru-guru dan dibantu oleh AKS dan juga murid-murid .

Objektif
 
1. Menambah pengetahuan awrga sekolah tentang peristiwa sekolah dan sekitarnya.
2. Mempamerkan koleksi sekolah dan negara.
3. Melahirkan kesedaran generasi muda untuk menghayati sejarah tempatan dan seterusnya mencintai warisan budaya.

Semoga Galeri Sejarah SKKA akan ditambah baik dari masa ke semasa untuk kepentingan warganya.














Thursday, 10 October 2013

TAKLIMAT PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP)



TAKLIMAT PBPPP


TARIKH   :  9.10.2013
TEMPAT   :  BILIK GERAKAN SKKA
DOWNLOAD :  Bahan Taklimat

                                    
ePrestasi merupakan satu aplikasi dalam talian di bawah SMG KPM Modul Prestasi. Penggunaan sepenuhnya sistem ini bermula 2015. Prapelaksanaan ePrestasi bermula tahun 2013 - 2014. Sistem penilaian ini menggantikan PTK yang telah dimansuhkan selama ini dan merangkumi lima aspek utama yang disepadukan, dikenali sebagai Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). Untuk maklumat lanjut guru-guru boleh muat turun bahan taklimat di  link yang disediakan.


Tn Haji Ramli Bin Khamis sedang memberi taklimat kepada guru-guru.