Monday 30 September 2013

KEM 1 MURID 1 SUKAN GABUNGAN SK TAMBANG DAN SK KAMPONG AWAT.

TEMPAT                  : SK Tambang
TARIKH                  : 27&28 September 2013
JUMLAH MURID   : 40 Orang
JUMLAH GURU     : 12 Orang


Pada 27-28 September yang lalu telah berlangsung Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan (1M1S) bagi peringkat gabungan SK Tambang dan SK Kampong Awat. Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan ini bertujuan untuk mendedahkan murid kepada aktiviti sukan dan permainan dan juga merupakan salah satu dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang rancak diperkenalkan dalam tahun kebelakangan ini. Justeru penganjuran kem ini, memang sangat-sangat dialu-alukan sesuai dengan kehendak dan tujuan program.


Tn Hj Ramli Bin Khamis bersama Tn Hj Ishak Bin Mohd Ali.

Sesi memanas badan


Ketua jurulatih memberi taklimat ringkas.












En Abdul Hannan sedang memberi penerangan.



















Majlis Penutup dan penyampaian sijil kepada peserta.